Tuesday, January 22, 2013

::Babymoon & Lapisan Lemak^_^::

Hujung minggu ne memang penatlah sangat, dengan percutian segera, dengan rumah berseleraknya, dengan nak balik kampungnya..ayyoo!!Apapun en.azham memang!suka sangat buat orang penat, tapi ok je dari melepak kat rumah je kejenya..so dengan tiba-tibanya pagi sabtu tu, jom kita pergi cameron!ambikk, terus bersilat mandikan anak,packing barang, book hotel siap-siap, tengahari jugak tinggalkan rumah yang berselerak macam tu je pergi bercuti...kahkah=p, tak senonoh...so motif kali ne memang nak bawak anakanda berjalan-jalan, sebabnya Ahmad Harraz ada kenangan kat puncak Cameron Highland tu..hihi, so i think he know so well that place, bawak nak mengimbau kenanganlah kononnya..sambil menambah lelemak yang sedia berlemak kat body neh..huhu-.-'. Sampai sana dah petang sangat, so terus singgah kat kedai sekitar Tanah Rata cari baju tebal sikit untuk si comel tu..then terus check-in kat Hotel Heritage kat Tanah Rata...little bit sesal sikit sebab book hotel kat Tanah Rata pasal kat Brinchang lagi best, banyak pilihan kedai makan, lagipun malam tu kitaorang keluar jalan-jalan kat pasar malam kat Brinchang tu..senang nak bergerak sana sini, jalan kaki je sebab banyak hotel sekitar Brinchang tu..Kalau tak, senang je dok kat Brinchang pergi jalan kaki je pusing-pusing sekitar Brinchang macam hari tu...tapi dah ada anak ne lain la plak ye..hehe, nak menapak pun lenguh tangan berdukung si kecil...Malam tu memang cuaca sejuk sangat dengan angin sepoi-sepoi, risau kat anak takyah cakaplah, takut demam ke, selsema ke...hehe, tapi jalan-jalan tetap jalan-jalan..pheww

Tak sangka plak atas Cameron ne boleh jam bukan main, ramai hoii bercuti jugak..ingatkan keesokan tu dah ok, rupanya lagi teruk jam. So kitaorang decide just singgah kat tempat yang boleh makan-makan je. On the way ke Kea Farm tu kereta dah beratur panjang, cancel niat nak pusing-pusing sana..singgah aje dekat Strawberry Corner Kea Farm tu...tu pun tak puas hati pasalnya menu tak banyak..katanya dah motif nak makan aje naik Cameron kan?huhu..discuss balik, kitaorang patah balik ke Brinchang singgah pasar pagi beli jagung manis untuk buat jagung bakar, maklumlah favorite someone tu, nak taknak kena beli jugak..so far pasar pagi kat Brinchang lebih kurang je harganya dengan Kea Farm, so takde terkilan sangat..(konon)..lepas tu terus ke Big Farm tempat yang kitaorang pergi masa Honeymoon (honeymoonla sangat kan?haha) ..tujuannya?tentulah makan-makan..menambah lapisan lemak kat perut neh..grrr-.-". Memandangkan budak comel tu asyik tidur je kejenya (tahulah sejuk sedap tidur), kesian plak nak bawak mendaki ladang teh, terus je kitaorang decide balik after lepak-lepak dekat Big Farm tu...Apapun Babymoon kali ne memang seronok pasalnya orang yang paling gembira tentulah budak comel tu..-.-'. Oh ya yang paling tak disangka-sangka, pagi sebelum check-out dari hotel, tak pasal-pasal kitaorang dapat kejutan..serentak pulak tu, me and hubby shouted...aahhh, sudahh!!sambil berpaling serentak, tersengih-sengih...what a surprise!!nak babymoon sangat kan...haha...jengjengjeng...dotdotdot , tamat sudah babymoon kali ni^_^. daa, time to packing balik kampung plak..weee
p/s: cukup anakanda umur setahun kita naik bot plak pergi vacation ye anak comel, yehaa...kihkih=p..

1 comment:

Kebahagiaan Hidupku said...

dah bley pegi melancong baby ni..hihi

happynyer dia XD



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...